Mar 29, 2010

Kesasihan Itu Satu Tanggungjawab.

Hari ini tangan ini agak ringan mendelete orang-orang yang sudah tiada kaitan denganku lagi. Cukuplar kesabaran yang diberikan selama ini. Tidak kisahlar andaikata alasan itu tidak diterima pakai sebab aku hanya mampu berserah kesemuanya kepada-NYA. Allah maha mengetahui isi hatiku. Tidak pernah aku berdendam dengan mana2 makhluk ciptaan allah yang bergelar manusia tetapi perlukah kesahihan tentang kebenaran itu di ajukan kepada orang lain? Cukuplah Allah bagiku. Hanya kesabaran aku tembok yang paling kukuh untuk mempertahankan hidup sebagai seorang hamba-NYA. Sakit yang dianjurkan merupakan kifarah dalam hidupku. Bukan ini yang aku minta tetapi keimanan yang cukup teguh untuk aku meneruskan hidup ini.

Cukuplar...aku xsanggup lagi hendak menyorokkan lagi dengan keadaanku. Ada beberapa ahli keluarga yang tahu perjalananku sekarang ini. Aku masih berikhtiar untuk keluar dari permasalahan yang dihadapi. Pelbagai cara yang ku lakukan agar aku dapat jawapan yang sebenarnya dari pihak tertentu. Penghujung semester ini merupakan jawapan segala2nya,,,lepaskah aku????

Dalam beberapa bulan ini aku telah menyakiti beberapa orang yang ingin bersamaku. Dia juga merupakan salah seseorang kepada sahabatku. Ya Allah,,andaikata ini yang kulakukan adalah dosa kepada makhlukmu itu..aku redha menerima pembalasan dari-MU tetapi aku telahpun memohon maaf kepadanya atas sikap diluar jangkaanku. Aku cuma mencari imam sewaktu aku berumah tangga kelak tetapi masih gagal dalam pencarian kerana kebanyakan yang dijumpai adalah berlandaskan faktor fizikal yang kumiliki bukan ketulusan hati yang dicari. Ya Allah, kirimkan daku kekasih di dunia serta di akhirat agar aku dapat menikmati kebahagiaan dari-MU Ya Allah..Ya Allah berilah aku kekasih yang dapat menilai cintaku dengan mata hati.Dan bukanlah mata yang bole menjurusku ke arah yang engkau tidak redhai.

0 comments: