Sep 14, 2010

Raya Ke-2 Bersama Kengkawan

Setelah sebulan berpuasa, inilah saat-saat yang indah apabila umat islam menyambut kedatangan bulan syawal setelah bulan ramadhan berlalu. Raya tahun ni lebih bermakna daripada yang sebelumnye..pelbagai persiapan awal dpt dibuat seperti yang dirancang, ayah pula balik awal pada 7hb semata2 utk buat dan bakar lemang bersama. Semuanya berjalan dengan lancar. Pada hari raya pertama rutin seawal pagi semestinya bersalam-salaman dengan keluarga tercinta. Bermula adegan sedih,,,huisyh...selepas bersalam plak pergi ke kedai gmba amek gmba family kt studio..alhamdulillah kali ni sumenye balik..jadi xde halangan untuk kami bergamba bersama2. Setelah siap bergmbar misi pertama diteruskan ke Simpang Renggam (umh besan) ----> Kulai ----> Pontian ----> Ayer Hitam dan akhir skali balik tmpt asal balik. Abes raya pertama.

Raya ke-2 disusuli dengan kesedihan plak...aku jatuh sakit dan xdapat balik ke Pahang tp masih gembira sbb ada kawan2 yang masih call untuk beraya bersama. Misi pertama pada raya ke-2 diteruskan ke Sri Lalang ke umh Pae..abes satu jam di rumah Pae pergi ke rumah Radzi di Taman Pelangi...sume misi pada waktu itu menaiki kete baru Myvi Putih WUE 5** kepunyaan azliza..


Ni dia team single yg digelarkan oleh azliza...single means belum berkahwin lg..tp ada yg dah not available... dari kiri azliza seorang pegawai bank di salah sebuah institusi kewangan, ajan pula bekerja di KRU production di cyberjaya sebagai blablablablabla yang penting cite hotel mania yang pernah dimainkan di TV3 sebelum ini ajan punye keje, radzi pula seorang admin executive bahagian kewangan di salah sebuah institusi pengajian awam dan aku seorang budak sekolah yang tak abes belajar lg.

azliza, mahesh, radzi dan mes.


Gambar berikut berada di rumah Radzi di Taman Pelangi. Mahesh kelihatan pada malam ni sebab baru balik dari kuil dan pada malam itu mahesh berpuasa.. 'hes vegeterian'. Mahesh seorang yang peramah yang wajib ada dalam kumpulan ini kerana kemana sahaja radzi pergi di situ juga ada Mahesh. Mahesh juga sudah bekerjaya tetapi tidak pasti lokasi beliau bekerja...OpppSss.. OK raya ke-2 abes...to be continue...hehe