Dec 15, 2009

Jangan Mengeluh

Hari sudah semakin gelap tetapi aku tetap bersama impian yang belum tercapai. Masih dalam kesibukan menghadiri kursus di fakulti. Pagi tadi dapat mesej daripada azlan (Salam..Akak..Lan ni..Yg pertandingan tu diawalkan ke 22hb..Akk bole ke?) Tergamam seketika setelah aku membaca mesej tersebut. Duduk termenung memikirkan apa aku akan buat selepas ini..penat fikir mencari jalan penyelesaian...sebenarnya 22hb ni aku ada presentation projek dan 23hb ada kursus usahawan..kursus keuasahawanan dalam pertimbangan. Jauh disudut hati aku..aku xsangka ada aktiviti selain attend kursus ni. Huh...arini sahaja aku dah banyak mengeluh. Jangan mengeluh yati....tapi apakan daya..hati berkata mahu tp badan berkata tidak. Sedikit perkongsian ilmu daripada seorang sahabat untuk aku menguatkan kembali semangatku.Terima kasih kepada senior kolej yang sudi membantu aku menyelesaikan kekusutan ini.

JANGAN MENGELUH

Kita Selalu Bertanya dan Al Quran Menjawapnya.


1. KITA BERTANYA : MENGAPA AKU DIUJI ?
AL - QURAN MENJAWAB :
“ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
SURAH AL’ ANKABUT AYAT 2 – 3


2. KITA BERTANYA : MENGAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN ?
AL - QURAN MENJAWAB :
“Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
SURAH AL BAQARAH AYAT 216

3. KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI
AL – QURAN MENJAWAB :
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
SURAH AL BAQARAH AYAT 286

4. KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA
AL – QURAN MENJAWAB :
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman.”
SURAH AL IMRAN AYAT 139

5. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS MENGHADAPINYA ?
AL – QURAN MENJAWAB :
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
SURAH AL BAQARAH AYAT 45


6. KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI ?
AL QURAN MENJAWAB :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
SURAH AT TAUBAH AYAT 111

7. KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP
AL QURAN MENJAWAB :
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”
SURAH AT TAUBAH AYAT 129


8. KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN :
AL QURAN MENJAWAB :
“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.”
SURAH YUNUS AYAT 12