Jul 17, 2020

Essential Oil? Raikan Alam Semulajadi






Essential Oil (EO) adalah pati minyak yang diekstrak melalui proses penyulingan berwap (steam distillation) dan pemerahan tanpa haba (cold pressing).

EO ini dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi melalui pelbagai sumber seperti bunga, pokok, akar dan rimbunan tumbuh-tumbuhan. Contoh: EO Lavender diekstrak dari pokok Lavender, EO Peppermint dari Pokok Pudina dan sebagainya.

EO dari Young Living adalah gred therapeutic maksudnya ianya pekat dan perlu dilute terlebih dahulu mengikut keperluan.

Boleh juga swipe gambar untuk info. #youngliving #preciousoilers #eoinfo

MEO Kit Young Living






Inilah masa untuk grab MEO Kit.

Kenapa?

MEO Kit ni adalah terhad sehingga 31 Julai 2020 dgn first come first serve basis. Normally sebelum 31 Julai sold out.

Apa kelebihan MEO Kit ni?

Layak mendapat keahlian Young Living. Permulaan bagi yang ingin mencuba gaya hidup secara bebas kimia. #youngliving #preciousoilers #meokit

Pengalaman Bersalin & EO Clary Sage.



EO clary sage ni powerful. Bau dia sangat menenangkan. Oiler team dah berpesan orang mengandung dilarang hidu EO ni dikhuatiri contraction datang sebelum tiba masa. Guna masa nak bersalin sahaja.

Hari pertama PKP lalu, sign of contraction dtg walaupun usia kandungan 37 minggu 6 hari. Masih terngiang-ngiang kes covid yang meningkat pada masa tu. Risau yg amat agaknya datang contraction tiba2 😂. (Padahal dah cukup minggu)

Fast forward cerita. Blood show keluar masa Asar. Masa ni suami dah diffuse EO clary sage sementara belum gerak ke hospital. Pukul 9.30 mlm sampai hospital dgn bukaan jalan 5 cm. Terkejut sebab masa ni contraction tak kuat dan kejap ada lepas tu hilang terus.

Masuk labour room pukul 10+- malam dan bukaan jalan dah 6 cm. Sepanjang perjalanan ke hospital titiskan EO clary sage dkt nadi tgn. Setitik sahaja memadai. Inhale dalam2 setiap kali contraction datang. Jadikan EO clary sage sebagai ubat penenang. Pengalaman tak boleh lupa sebab sempat abiskan bacaan yassin bersama suami dan mid wife yang jaga dan tak guna gas entonox seperti 2 kelahiran sblm ni.

Pukul 11.30 malam, Doktor Khamsiah sampai dan air ketuban dipecahkan. Contraction dah kerap dan bukaan jalan 7 cm dan suami tanya okey ke tak? Sebabnya dia nampak isteri dia mcm rilek. Dia siap cakap ini betul-betul minyak ajaib 😂 sebabnya dia tengok kelahiran 2-2 sebelum ni sangatlah perit rasanya. Bukaan jalan 2 cm dah macam ayam berak kapur 😂. Pukul 1.05 pagi lahirlah baby joy joy kami. Doktor Khamsiah pun ucap “tahniah! awak natural birth.”-END-

Btw, EO clary sage ni hanyalah asbab. Apa-apa pun doa, tawakal dan yakin dengan aturan-NYA. Asbab beli PSK lebih setahun lalu dan dapat masuk support group. Kebanyakan geng oiler dalam support group bukan orang biasa sebab mereka ada history sendiri kenapa memilih EO dalam kehidupan mereka.

Terima kasih Kak dapatkan EO ni utk saya. Terima kasih Kak
Munirah Syed Abu Bakar
wakafkan EO ini kepada ibu2 mengandung dalam team dan terima kasih Precious Oilers team kerana banyak bagi ilmu cara penggunaan EO dengan selamat.

Tunggu apa lagi? Come and join us now sementara MEO kit still available. #youngliving #preciousoilers #eoclarysage #naturalbirth #sharingwithmes

Jul 10, 2020

Handmade Foot Soak Menggunakan EO



Siapa cakap essential oils ni untuk diffuse atau dilute dengan carrier oil sahaja?
Ini salah satu DIY HANDMADE FOOT SOAK yang menggunakan essentials oil yg diberikan oleh Kak Fiza sbg cenderahati. Sebelum ni Kak Fiza pernah bagi body scrub & sabun dan salah satu bahannya adalah essentials oil. Memang awesome okeh bila dah pakai.
Banyak lagi kegunaan essentials oil dalam kehidupan seharian kita. Can ask me for more detail ya. #yl #preciousoilers #sharing

Kenapa Kami Pilih EO?



Back in 2017 Sarah lahir ke dunia dan menjadi penyeri sekali lagi untuk kami. Ku sangkakan panas berterusan rupanya ribut taufan di tengah Laut Cina Selatan. Muka yang comel ni menguji mak dia punya kesabaran tahap maksima semasa PJJ dgn ayahnya. Menangis without any reason since lahir tak kira masa non stop mahupun pagi petang atau malam. (Sama mcm cerita Ahmad Albab)

Satu hari mesej senior iaitu Kak Fitriani Bakthiar bagitau dekat dia yang kita nak campak baby sbb mcm terdgr bisikan syaitan menyuruh baling. Mcm takde iman kan? Bayangkan dia akan berhenti menangis selepas dia penat menangis. Time dia berhenti menangis mak dia pun lembik.

The next day dtg office bos MoChidan Aziz ada tanya hal ni itupun selepas Kak Fit inform. Bos ada bagi nombor ustaz di Masjid Equine. Bayangkan suami jauh tanpa berfikir balik keje selesai solat maghrib berdesup bawak Sarah jumpa ustaz tapi ustaz bagitau anak kita okey memang takde pape. Dibekalkan air yg telah dibaca ayat2 al-quran dan balik dalam keadaan lega.

Pada penghujung 2018 kebetulan ternampak posting Kak Fiza Hussein dia mula promote YL. Kita wasap dia terus then terus sambar PSK. Kenapa kita sambar PSK? Sbb sebelum ni mmg ada dengar essential oil dapat membantu isu anak. Disinilah bermulanye perjalanan kita sebagai oiler. EO lavender mmg rock banyak sangat bantu utk tenangkan fikiran anak utk tido tenang. Siapa yg seen ig story dulu mesti tau ubat magic yang kita war2kan. #yl #preciousoilers #sharing

Essential Oils


For newbie yg ask me. What is it? Ini essential oil. Known as EO. Guys, kita dah byk experience guna EO later will share my experience with EO slow2.

Kita pakai EO bukan sebab ikut orang dan bukan sebab ianya trend tapi ada banyak kebaikan EO ni yang dah bantu dalam kehidupan seharian kita. After many years know EO this time terbuka pintu hati nak share.

By the way this EO belongs to my platinum. Bila tengok semua EO dah jadi mcm terapi dalam hidup.