Tahun Baru?
Syukur alhamdulillah, aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan hidup di muka bumi ini dan diberi keupayaan untuk menulis entri ini atas bantuan Allah SWT. Tahun baru 2010 sudah bermula, pada saat orang berpusu2 untuk menyambut sambutan itu tetapi aku hanya berada di rumah menyediakan perkara2 wajib yang perlu dibuat. Tahun baru sama sahaja seperti tahun2 lain,,,xde bezanya..sebab bagi aku tahun baru aku dah lama bermula sejak 18/12/2009 yang lepas iaitu sempena maal hijrah.
Sejak beberapa hari ini tengok sahaja berita kes sosial remaja akan bermusim seperti biasa pada sambutan tahun baru. Alangkah sedihnya terdengar apabila remaja zaman sekarang ini yang sedang mengalami keruntuhan akhlak. Kemanakah puncanya kepada permasalahan ini? Adakah salah didikan ibu dan ayah? Media massa? Tepuk dada tanyalar iman. Aku bersyukur Allah SWT masih menyanyangi diri aku tatkala aku dilamun dunia kejahilan pada satu ketika. Diberi kesedaran dalaman untuk berubah menjadi yang lebih baik. Apa yang berlaku adalah rahsia Allah SWT yang pastinya ada hikmah disebalik ketentuan-NYA.
Pada tahun ini pastinya aku mempunyai agenda yang masih belum tercapai. Ada juga beberapa orang bertanya azam aku. Azam aku cume mahu mendapat keredhaan dari-NYA selain memperbaiki diri aku menjadi yang lebih baik. Aku tidak mempunyai wishlist yang hebat seperti orang lain kerana apabila aku percaya apa sahaja yang kita buat utk mendapat keredhaan dari-NYA..insyaallah akan dibalas dengan apa yang dihajati diiringi usaha dan tawakal.
4 comments:
salam..mes.hope siht disana..Alhamdulillah~ moga diberi kekuatan utk menempuh dugaan dan ujian dr Yang Maha Esa..sesungguhnya setiap ujian itu mampu meningkatkn darjat keimanan kita kpd Allah swt..
hopefully dgn bermulanya thn hijarah yg baru ini..amalan kita makin bertambh..rebutlah redha Allah swt..
yes..wahh..pg termenung kt mane tu mes? ingat ape tu ? pg menghafal coding ke?
@angahfarah: afwan farah..muda2an segala urusan urusan kita dipermudahkn oleh-NYA. hopefully sempena thun bru ini amalan diterima Allah SWT.
@hBz: coding copy n paste jer..xperlu menghafal pun..termenung masa depan kot..haha
jauh nyer termenung cik normes...he2..:-)
Post a Comment