Nov 5, 2009

Kehilangan

Di pagi yang hening ini, aku dapat mendengar angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah membisikkan sesuatu antara satu lain. Aku mencari halatuju yang bakal dilalui bersama-sama dengan keteguhan hati ini. Mencari sesuatu untuk mendapat keredhaan dari-NYA. Jauh di sudut hati, aku yakin Allah SWT maha mengetahui segala kesusahan, kepayahan, penderitaan yang aku tanggung sejak aku melihat dunia ini. Ini yang dinamakan takdir yang telah ditentukan oleh-NYA. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibubapaku yang memberi aku peluang di muka bumi ini dengan seerat janji yang telah diikat bersama.

Hari ini dapat berita melalui facebook salah sorang kawan aku di mesir telah kehilangan ibu tercinta pada 30/10 bersamaan hari yang sama beliau konvo di sana. Alangkah terkejutnya aku, mendapat berita kematian ibunya. Dia pula menghilangkan diri beberapa hari selepas tarikh itu tapi dia sempat berpesan kepadaku beberapa perkara penting tentang ketabahan menghadapi ujian dalam hidup ini dan bercerita tentang konvo dan final exam aku. Ya Allah kau tempatkan ibunya bersama orang-orang beriman dan beramal soleh. Sebelum kejadian beliau ada menceritakan tentang arwah ibunya betapa sayangnya dia kepada ibunya. Sudah pasti dia tidak sabar kembali ke malaysia pada bulan 12 ini setelah setahun berpisah. Aku hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan untuk dia meneruskan hidup ini.

Aku selalu memotivasikan diri aku agar aku tidak lupa asal usulku...jangan bersedih jika kita membuat kebaikan kepada orang, jangan bersedih hanya seorang insan yang lemah seperti aku juga, jangan bersedih apabila ko diberi kesusahan, stp kesusahan itu ada balasanny ttp dengan syarat diiringi usaha dan doa yg ikhlas, jangan bersedih tentang kehidupan yang dilalui, dll dan yakinlar bahawa hidup itu benar, mati itu benar, sakit itu benar, sihat itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, qada' dan qadar itu benar, qiamat itu benar, malaikat itu benar, syaitan itu benar.

Hidup ini adalah peluang, kita merupakan hamba sebagai pelakon yang hidup di atas muka bumi ini yang telah ditetapkan takdirnya. Jadi, ambil peluang ini untuk terus beribadat kepada Allah S.W.T agar kita dapat meneruskan hidup dengan keredhaan-NYA.

0 comments: