Jul 17, 2020

Pengalaman Bersalin & EO Clary Sage.



EO clary sage ni powerful. Bau dia sangat menenangkan. Oiler team dah berpesan orang mengandung dilarang hidu EO ni dikhuatiri contraction datang sebelum tiba masa. Guna masa nak bersalin sahaja.

Hari pertama PKP lalu, sign of contraction dtg walaupun usia kandungan 37 minggu 6 hari. Masih terngiang-ngiang kes covid yang meningkat pada masa tu. Risau yg amat agaknya datang contraction tiba2 😂. (Padahal dah cukup minggu)

Fast forward cerita. Blood show keluar masa Asar. Masa ni suami dah diffuse EO clary sage sementara belum gerak ke hospital. Pukul 9.30 mlm sampai hospital dgn bukaan jalan 5 cm. Terkejut sebab masa ni contraction tak kuat dan kejap ada lepas tu hilang terus.

Masuk labour room pukul 10+- malam dan bukaan jalan dah 6 cm. Sepanjang perjalanan ke hospital titiskan EO clary sage dkt nadi tgn. Setitik sahaja memadai. Inhale dalam2 setiap kali contraction datang. Jadikan EO clary sage sebagai ubat penenang. Pengalaman tak boleh lupa sebab sempat abiskan bacaan yassin bersama suami dan mid wife yang jaga dan tak guna gas entonox seperti 2 kelahiran sblm ni.

Pukul 11.30 malam, Doktor Khamsiah sampai dan air ketuban dipecahkan. Contraction dah kerap dan bukaan jalan 7 cm dan suami tanya okey ke tak? Sebabnya dia nampak isteri dia mcm rilek. Dia siap cakap ini betul-betul minyak ajaib 😂 sebabnya dia tengok kelahiran 2-2 sebelum ni sangatlah perit rasanya. Bukaan jalan 2 cm dah macam ayam berak kapur 😂. Pukul 1.05 pagi lahirlah baby joy joy kami. Doktor Khamsiah pun ucap “tahniah! awak natural birth.”-END-

Btw, EO clary sage ni hanyalah asbab. Apa-apa pun doa, tawakal dan yakin dengan aturan-NYA. Asbab beli PSK lebih setahun lalu dan dapat masuk support group. Kebanyakan geng oiler dalam support group bukan orang biasa sebab mereka ada history sendiri kenapa memilih EO dalam kehidupan mereka.

Terima kasih Kak dapatkan EO ni utk saya. Terima kasih Kak
Munirah Syed Abu Bakar
wakafkan EO ini kepada ibu2 mengandung dalam team dan terima kasih Precious Oilers team kerana banyak bagi ilmu cara penggunaan EO dengan selamat.

Tunggu apa lagi? Come and join us now sementara MEO kit still available. #youngliving #preciousoilers #eoclarysage #naturalbirth #sharingwithmes

0 comments: