Setiap orang mempunyai pandangan, pendirian, cara hidup dan kepelbagaian mengenai idea-idea terkini atau mendatang. Adakah kita sedar kepelbagaian ini merupakan satu permainan dalam hidup kita yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang itu?
Permasalahan ini juga berkaitan dengan permainan hati kita. Ada yang kalah dan ada juga yang berjaya menawannya. Bak kata pepatah "ikut hati mati, ikut nafsu lesu dan ikut rasa binasa". Ya Allah Ya Tuhanku dan janganlar ko palitkan perasaan umatmu ke arah kesesatan...amin. Setiap insan yang bergelar manusia tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua juga merupakan sebaik2 insan disisi-NYA dan manusia juga tidak pernah lari dari segala masalah yang melanda. Selagi kita bergelar manusia selagi itular masalah tetap ada. Tidak kira apa jenis permasalahan yang dihadapi seperti kemiskinan, hilang orang yang tersayang, masalah dengan ibu bapa dan bermacam-macam lagi.
Sebaik-sebaik ujian adalah ujian daripada Allah SWT. Ujian yang diberikan kepada manusia adalah untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kepada-NYA. Manusia leka atas nikmat yang diberikan. Ujian ini jelas sebagaiman firman Allah SWT:
“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 - 3).
Oleh itu ubatilah hati sebaik mungkin apabila menghadapi musibah yang diberikan. Cara-cara mengatasi:
1) Sandarkan Harapan Pada Allah SWT
- Setiap masalah pasti ada hikmahnya dan yakin lar Allah itu adil dalam menetukan hidup seseorang itu.
2) Mohon pertongan daripada Allah
- Yakinlar pertolongan daripada-NYA. dan jangan sesekali meminta dengan cara sebaliknya. “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)
3) Jangan Sedih Atau Kecewa
- Tingkatkan usaha dalam menghadapi musibah. Firman Allah “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)
p/s : Jangan biarkan hati menderita terlalu lama,,kelak kita juga yang merana akhirnya..
6 comments:
salam mes..
InsyaAllah~ apabila kita da meletakkn sepenuh pengharapan pada Allah swt..pasti dan yakinlah apa jua cabaran dan dugaan yg diberikan Allah adalh yg terbaik utk hambaNya..dan yakin setiap permasalhn pasti ada jln penyelesaiannya..InsyaAllah~
Farah,,mes setuju dengan farah...masalah itu hanyalah sakit dan ubatnya adalah solat dan zikir sebagai penawar..kita sebagai manusia mmg xlari dari masalah. Allah SWT menyanyangi umatnya yang sabar.
salam cik normes, btoi2...sye agree..erm..prnah kecewa gak...smpai xbleh trima knyataan lh..tpi solat dn zikir dpt mmbantu sye..ati trase tenang dgn mndekat kn diri dripada tuhan...:-)
salam cik normes, btoi2...sye agree..erm..prnah kecewa gak...smpai xbleh trima knyataan lh..tpi solat dn zikir dpt mmbantu sye..ati trase tenang dgn mndekat kn diri dripada tuhan...:-)
salam cik normes, btoi2...sye agree..erm..prnah kecewa gak...smpai xbleh trima knyataan lh..tpi solat dn zikir dpt mmbantu sye..ati trase tenang dgn mndekat kn diri dripada tuhan...:-)
mes..i agree with you..permasalahan ati ni subjektif..Alhamdulillah aku still pijak pd bumi yg nyata..walau tindakan yg aku amik kdang2 cm childish sket..hahaha.. u knew me well..skali lg, Alhamdulillah.. Dia msih ada utk aku mengadu..*pe aku merapik nih..weehuuuu
Post a Comment