Pages - Menu

Oct 29, 2009

Cerita Salah Kereta

Last week, pegi pusat pengurusan akademik dengan abang zubair...disebabkan jauh terpaksa tumpang kereta abang zubair pergi ke sana. Ni semua gara2 jadual final exam yang bertindih dengan subjek web programming walaupun dah di ubah untuk kali kedua. Dalam perjalanan ke sana, abang zubair ada cerita pasal techno usahawan. Dalam hati time tue memang malas nak dengar tapi tadah juga telinga utk mndengar abang zubair menceceh hehe. Rupa2nya nilar plan yang aku rancangkan selepas abah tawarkan modal untuk bisnes time raya aritu. Memang nak grab kalau xde aral melintang untuk semester depan. Aku boleh tergelak sebab time tu aku dah jumpa penyelesaian untuk starting benda2 camtu kat universiti. Kalau dlu time diploma hanya berniaga kecil2an..banyak jugak benda yang aku buat, jual produk bio-sireh, cd kosong, disket, etc. Itu semua market di samping untuk mengenali orang lain sebenarnya.

Lepas settle semua urusan kt pejabat pengurusan akademik, abang zubair bawa aku pegi ke pusat techno usahawan,,,sebelum tu..ada kejadian yang aku xbole lupakan untuk semester ni..time terburu2 nk pegi ke kereta nmpk kereta wira yang sama spt kereta abang zubair,,tnpa berfikr panjang terus masukkan kunci untuk buka kereta trsebut,,dalam beberapa minit kereta xbole buka,,muka kami dah berkerut sesama sendiri..ntah mcm mne tiba2 abang zubair bersuara.."Yati!!! kita salah kereta!!! OPSS..malunya....mesti orang PPA dlm office tu bole nampak dgn cermin gelap dr dlm..agak aku tergelak sampai sakit perut disebabkan kejadian tue,,,sampai umh pun xabes gelak lg..

Lepas kejadian, terus ke pusat techno usahawan. Bernasib baik dapat jmpa dekan pusat techno usahawan,,prof sangat peramah dan baik hati. Sempat plak beliau mengajak aku join usahawan. Time aku tgk pusat tue...hati kecil aku mengucap panjang xsgka disbbkn 1 kejadian, tuhan nk beri aku peluang dan buka mata apa yg ada di pusat techno. Banyaknya kertas kerja diorg, budget utk usahawan,,mak ai aku mmg xtau pape pun pasal bnda2 ni tp abang zubair dh berjanji akan pggil aku bila ada program..insy ada program sblm naik cuti...aku nk keluar dari kepompong melihat dunia seluas2nya dan mengenali orang lain. Sebelum tu, abang zubair sempat pesan klu nk tau prgram2 cmni mmg kne ringan mulut..the moral of the story jangan sombong dgn orang walaupun dengan senior. Ringan2kan mulut untuk bertanya...

Planning seterusnya,,,mengaktifkan diri dalam debat. Insyaallah kalau diberi peluang dari housemate aku yang bernama F sbb dia slalu ckp..akk sibuk PSM nnti tkut kelam kabut jer...(EH2 uruskan satu2,,org tamak selalu rugi)

Keajaiban Selawat

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan
turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HRMuslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah,perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, InsyaAllah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.


15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya
maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa
berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari
Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani